Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Frequently Asked Questions - All FAQs

Please select your question category

Umum ada soalan-soalan lazim yang berkaitan dengan perkhidmatan Hospital Jasin secara umum

MASA MELAWAT

HARI BEKERJA

- 12.30 TENGAHARI HINGGA 2.00 PETANG

- 4.30 PETANG HINGGA 7.00 MALAM

HUJUNG MINGGU DAN HARI KELEPASAN AM

- 12.30 TENGAHARI HINGGA 7.00 MALAM

Ini adalah untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada kanak-kanak disebabkan sistem pertahanan dalam badan mereka adalah rendah.

Ya ada iaitu doktor di atas panggilan sahaja yang akan datang bertugas pada hari-hari tersebut.

Hospital-hospital di Negeri Melaka merupakan hospital kluster di mana perkhidmatan pakar akan ditempatkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Doktor perlu mengisi maklumat di kad rawatan pesakit, mengisi borang yang diperlukan seperti ECHO, EST, sijil sakit, rujukan rawatan lanjut ke hospital lain jika ada dan borang spesimen.  Selepas itu kad akan dibawake bilik temujanji dan tarikh akan diberi.

Dokumen yang perlu dibawa ialah surat jaminan daripada majikan atau kad kebajikan bagi pesakit OKU bagi pesakit OKU.

Ya.  Terdapat kafeteria di hospital ini yang beroperasi setiap hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 8.00 pagi – 4.00 petang.Pada hari Ahad dan Cuti Am kafeteria ditutup.

Boleh sekiranya dalam waktu pejabat (8 pagi – 5 petang) dan atas budi bicara doktor yang bertugas pada hari tersebut.

Klinikal adalah soalan-soalan lazim yang berkaitan perkhidmatan di Hospital Jasin secara Khusus seperti persoalan di Wad, Dewan Bersalin dan Klinik Pakar.

Setiap pesakit hanya dibenarkan seorang sahaja waris perempuan yang menjaga supaya tidak mengganggu prosedur perawatan terhadap pesakit dan privasi pesakit lain.

Pesakit tidak dibenarkan mengambil sendiri air panas.  Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) akan mengambil air panas untuk pesakit pada setiap syif bertugas atau pada bila-bila masa diperlukan.

Talipon tangan hanya boleh dicharge di tempat yang telah disediakan.

Prosedur cucian luka bagi kes-kes penyakit berjangkit hendaklah dilakukan selepas kes-kes biasa.  Ini untuk mengelakkan jangkitan silang berlaku terhadap pesakit lain.

Pesakit mesti mendapatkan surat rujukan dari jabatan pesakit luar, klinik kesihatan atau swasta, sebelum mendapatkan temujanji dengan doktor pakar.

Ujian darah dan pemeriksaan doktor boleh dibuat pada hari yang sama setelah ujian darah diperolehi selepas 2 jam.  Tetapi sekiranya ada ujian khas yang perlu dihantar ke HKL atau IMR KL maka pemeriksaan doktor tidak boleh dilakukan pada hari yang sama.

Tarikh Kemaskini

21 OGOS 2018