Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Majlis Hari Inovasi peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Kristal, Menara Perkeso, Ayer Keroh, Melaka pada 23 Disember 2014 yang lalu.  Majlis tersebut adalah dengan kerjasama Hospital Jasin selaku Jawatankuasa Kerja Inovasi peringkat jabatan kesihatan.  Datuk Dr Ghazali Bin Othman, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka telah merasmikan majlis tersebut.

Kursus Minda Sihat anjuran Unit Rehabilitasi telah diadakan di Serama Camp and Events, Melaka.  Kursus ini bertujuan membentuk minda dan tubuh sihat di kalangan anggota.  Seramai kurang lebih 30 orang berpeluang menyertai kursus ini.

Yang Berhomat, Datuk Hj Ab Rahaman Bin Hj Ab Karim, Exco Kesihatan dan Pembangunan Negeri Melaka telah mengadakan lawatan rasmi ke Hospital Jasin pada 24 November 2014 yang lalu.  Aturcara lawatan beliau adalah taklimat dari Timbalan Pengarah Hospital Jasin, Dr Shahrum Bin Hj Arshad dan lawatan ke wad-wad.  Beliau juga telah melawat Unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari.  Lawatan beliau telah diiringi oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka berserta Timbalan Bahagian Perubatan.  

Program Kembara Hijrah anjuran Jabatan Agama Islam Melaka dengan kerjasama Masjid Al-Ghaffar Daerah Jasin telah diadakan pada 9 Disember 2014 di Surau Raudhatus Syifa, Hospital Jasin.  Program kembara ini diadakan saban tahun sebagai suatu medium dakwah ke arah mengeratkan hubungan silaturrahim serta mendekatkan hati masyarakat dengan Institusi Agama Islam Negeri Melaka.  Antara aturcara program adalah Solat Dhuha berjemaah, Kuliah Dhuha dan juga lawatan serta penyampaian hamper sumbangan ke wad-wad.

Satu Seminar Mengenai Prostat telah diadakan pada 8 Nov 2014 di Hospital Jasin.  Seminar tersebut memberi kesedaran kepada orang ramai akan bahaya penyakit kanser prostat di kalangan orang lelaki.  Antara program yang dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma dan ceramah.  

Tarikh Kemaskini

12 JUN 2018

Laman Utama Perkhidmatan Klinikal Aktiviti Hospital Jasin Tahun 2014