Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

PENGENALAN

Unit Hemodialisis ini diwujudkan dibawah Pelaksanaan Projek Menaiktaraf Hospital KKM di bawah RMK-9, untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit buah pinggang di kawasan yang berhampiran untuk menjalani rawatan hemodialisis.

 

Pembinaan Unit Hemodialisis disiapkan pada 21 April 2011. Jumlah peruntukan ialah RM 1,052,720 bagi kerja Civil, Pendawaian Letrik dan Alat Hawa Dingin termasuk Mesin RO (Reverse Osmosis). Unit ini dijangkakan mula beroperasi mulai 3 Januari 2012 dan berfungsi dengan 6 buah Mesin Hemodialisis Model Fresenius.

 

 

OBJEKTIF

Memberi rawatan dialisis yang berkualiti, cekap dan selamat kepada pesakit supaya mereka dapat menjalani dan menikmati kehidupan yang normal sama saperti anggota masyarakat yang sihat.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Rawatan Hemodialisis (HD)  hanya diberi kepada pesakit-pesakit Kegagalan Buah Pinggang (End Stage Renal Failure) yang telah didaftarkan di Unit ini dan MENDAPAT KEBENARAN DARI PAKAR NEFROLOGI HOSPITAL MELAKA.

 

Unit ini juga bertanggungjawab menguruskan  perkhidmatan rawatan susulan oleh Pakar Nefrologi Hospital Melaka setiap 3 bulan di Klinik Unit Hemodialisis bagi pesakit  ESRF, Nefro dan Transplant  yang telah didaftarkan di Unit Hemodialisis.

 

Pesakit  dari Pusat Hemodialisis Kerajaan dari Luar Daerah Jasin atau Luar Negeri Melaka dibenarkan membuat rawatan dialisis di Unit ini dengan mendapat kebenaran dari Pakar Nefrologi (Hospital Melaka) atau Pegawai Perubatan Unit Hemodialisis Hospital Jasin,  jika ada kekosongan tempat dan telah membuat temu janji lebih awal.

 

Rawatan dialisis diberi  mengikut Jadual Giliran yang telah di sediakan oleh Staf unit. Giliran Pertama bermula 8.00 pagi, Giliran Kedua bermula  12.30 tengahari. Sebarang perubahan jadual rawatan akan di maklumkan kepada pesakit terlibat.

 

Bagi pesakit dialisis di unit ini,  yang di masukan Ke Wad disebabkan masalah kesihatan, rawatan dialisis akan di buat  mengikut arahan doktor yang merawat.

 

Tempoh setiap rawatan dialysis ialah 4 jam hingga 4.30 jam, 3 kali seminggu atau mengikut priskripsi diarahkan oleh Pegawai Perubatan.

 

Memberi pendidikan kesihatan, nasihat permakanan dan lain khidmat nasihat kepada pesakit yang memerlukan dari masa ke semasa.

 

ANGGOTA UNIT HEMODIALISIS

 

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U32

  • Yusrizal Bin Hj Busra

 

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

  • Basil Bin Mohd Fauzi
  • Wan Norazreen Binti Wan Mohamed

 

JURURAWAT  TERLATIH

  • Marzilah Binti Md Rasid
  • Siti Fadzilah Binti Ismail
  • Siti Hawa Bt Mohamed @ Salim
  • Zahirah Binti Dolah
  • Zuraidah binti Ismail

 

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

  • Sharom b Ibrahim
  • Suhaimy Bin Yahya

PENGENALAN

Kedudukan unit terletak berhampiran dengan Unit Forensik Hospital Jasin di tetapi pejabat pegawai yang menyelia Unit Kejuruteraan bersebelahan Unit BDM di lobi utama, Hospital Jasin.

 

OBJEKTIF

Mengawal selia pelaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) oleh syarikat konsesi supaya mematuhi keperluan perjanjian konsesi.
Menguruskan proses mobilisasi PSH bagi fasiliti kesihatan (hospital) baru.
Memastikan pendaftaran aset dan sistem kejuruteraan bawah PSH dilaksanakan dengan teratur dalam sistem ASIS.
Memastikan pengoperasian peralatan, sistem kejuruteraan, infrastruktur tidak terjejas.
Memberikan khidmat nasihat tenikal dan mencadangkan langkah penyelesaian terhadap aduan berkaitan PSH.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Unit Kejuruteraan Hospital Jasin terdapat lima (6) skop perkhidmatan yang telah diswastakan dan diselenggara oleh Syarikat Medivest Sdn Bhd serta dipantau dan diselia oleh seorang Penolong Jurutera JA29

Enam (6) skop perkhidmatan yang dijalankan di Hospital Jasin adalah:-

Facilities Management Services (FMS)
Facilities Engineering Management Services (FEMS)
Biomedical Engineering Management Services (BEMS)
Cleansing Services (CLS)
Linen Laundry Services (LLS)
Healthcare Waste Management Services (HWMS)


Di samping itu Unit Kejuruteraan membantu Unit Pembangunan dan Unit Pengurusan Aset dalam memberi nasihat teknikal ke atas projek-projek pembangunan di Hospital Jasin dan juga memberi ulasan teknikal ke atas aset-aset yang hendak dilupuskan.

PENGENALAN

Unit Kewangan mula beroperasi pada Mac 2005. Unit Kewangan adalah di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Jasin.  Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Akauntan  W29 dan mempunyai 1 orang PembantuTadbir (KEW) W22, PembantuTadbir (P/O) N22 (KUP) dan N19 dan 8 PembantuTadbir (Kew) W19.  Unit ini juga mempunyai satu lagi sub-unit yang terletak di aras bawah iaitu Unit Daftar Masuk dan Hasil.

 OBJEKTIF

  • Untuk memastikan pengurusan kewangan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan tepat mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
  • Untuk memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan anggota berteraskan amalan nilai-nilai murni.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Urusan pembayaran bil hasil (keluar dan masuk wad)
  • Membuat penyata pemungut
  • Laporan Kutipan Hasil
  • Filmsi Hasil dan Amanah
  • Mengurus Teguran Akauntan Negara / Perbendaharaan / Audit
  • Baucar Bayaran (Dengan Pesanan Tempatan)
  • Urusan Panjar Wang Runcit
  • Menguruskan urusan tunggakan dan surat peringatan

 

ANGGOTA UNIT DAFTAR MASUK DAN HASIL

 PEMBANTU AKAUNTAN W22

  • Aiesah Binti Md Esa

 PEMBANTU TADBIR (KEW) W19

  • Noor Aini Binti Alimon
  • Noor Aini Binti Mohd Sani
  • Syafiqah Halis Binti Shawang

PENGENALAN

Unit bekalan bahan steril adalah sebuah unit yang menguruskan perkhidmatan pensterilan untuk wad-wad dan unit-unit hospital jasin dan juga dari klinik-klinik kesihatan dalam daerah jasin.

 

 OBJEKTIF

 Memberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan membekalkan bahan-bahan yang benar-benar steril dan selamat digunakan untuk merawat pesakit.

 SKOP PERKHIDMATAN

 Untuk menyediakan perkhidmatan pensenterilan dan bekalan bahan –bahan serta peralatan steril kepada kemudahan kesihatan

 

ANGGOTA UNIT PENSTERILAN BAHAN STERIL

 KETUA JURURAWAT U32

  • KJ Noor Aini Binti Abu Hashim

JURURAWAT TERLATIH U32(KUP)

  • Hamidah Binti Mian

JURURAWAT TERLATIH U29

  • Mahani Binti Mahmood
  • Norsaliza Binti Md Sidek
  • Salmah Binti Ahmad

JURURAWAT MASYARAKAT U19

  • Azrina Binti Mohd Rashid

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

  • Kamarul Nizam Bin Talib

PEMBANTU AWAM (Otokleb)H11

  • Salhizah Binti Mohamad Salleh
  • Saiful Rizal Bin Mohd Tan
  • Suriah Binti Sarmin
  • Norashid Bin Kamarudin

PENGENALAN

Unit Radiologi & Diagnostik Hospital Jasin telah mula beroperasi sejak tahun 2005 di mana unit ini merupakan satu unit sokongan yang sangat penting dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Hospital Jasin. Perkhidmatan yang diberi banyak membantu pesakit dalam mendiagnos penyakit dan seterusnya dapat memberi rawatan yang diperlukan.

Unit ini dilengkapi dengan sebuah mesin x-ray statik jenama Toshiba KXO-80G untuk pemeriksaan x-ray am. Bagi pemeriksaan mudah gerak di wad-wad dan di Unit Kecemasan Mesin Toshiba SRX-101A digunakan. Unit ini beroperasi 24 jam sehari. Masa pejabat adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Selepas waktu pejabat iaitu tugas atas panggilan akan dikendalikan oleh seorang Juru X-ray bersama dengan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. Hanya kes kecemasan yang dibenarkan memanggil kakitangan yang bertugas. Bagi kes yang tidak urgent, temujanji adalah pada waktu pejabat.

Unit ini terletak di aras bawah iaitu di belakang Unit Kecemasan dan berhadapan Unit Farmasi dan bersebelahan Unit Patologi.

 

MISI

Menghasilkan filem-filem x-ray yang tinggi nilai diagnosanya melalui perkhidmatan berkualiti dan beretika, cekap dan profesional untuk memenuhi keperluan ekspektasi semua pelanggan.

 

VISI

Mewujudkan satu unit yang cemerlang dan profesionalisme.


OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan pengimejan yang cepat, cekap dan berkualiti
  • Menghasilkan radiograf yang mempunyai nilai diagnostik yang berkesan
  • Memastikan peratus filem yang ditolak tidak melebihi 5%
  • Memberi perkhidmatan pengimejan yang selamat dan professional denagn mengaplikasikan perlindungan radiasi
  • Memastikan peralatan berkeadaan baik dan mengelakkan pengulangan dilakukan.

 


SKOP PERKHIDMATAN


Unit ini menyediakan perkhidmatan :

  • Pemeriksaan radiografi am
  • Pemeriksaan radiografi mudahalih
  • Pemeriksaan ultrasound (Pakar Radiologi atas lawatan)
  • Filem x-ray yang memerlukan laporan Pakar Radiologi akan dirujuk ke Hospital Melaka
  • Permohonan pemeriksaan x-ray yang dirujuk dari JPL Jasin dan KK yang berhampiran

 

 

ANGGOTA UNIT PENGIMEJAN

JURU X-RAY KANAN U32

  • Zaleha Binti Musa


JURUX-RAY U29

  • Nor Shamila Binti Mohd Jarin
  • Md Akhir bin Ahmad
  • Norliza Binti Mohomad
  • Wan Suryani Binti Wan Ismail
  • Mohammad Ammar Bin Abdul Rahim

 

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

  • Mariamah A/P Ramasamy
  • Siva A/L Muthusami
  • Sulaiha Binti Md Len

Tarikh Kemaskini

24 OKTOBER 2018