Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Dewan Bedah

PENGENALAN

Dewan Bedah terletak di Aras 1, Hospital Jasin di mana ianya bersebelahan UPBS dan berhadapan dengan Wad 2A (Perempuan). Kes-kes pembedahan yang dijalankan adalah kes-kes minor disebabkan hospital ini tidak ada pakar bedah dan juga pakar bius. Pakar Bedah dari Hospital Melaka didatangkan untuk melakukan kes-kes minor tersebut.

Dewan Bedah Hospital Jasin dilengkapi dengan Ortho Operation Table sebanyak 1 unit dan juga peralatan orthopedik bagi memenuhi keperluan untuk pembedahan kes-kes orthopedik yang sebelum ini dipinjam dari Dewan Bedah Hospital Melaka. Seramai 2 orang kakitangan Dewan Bedah mempunyai pos basik dalam Perioperatif.

Buat masa ini jururawat yang bertugas di Dewan Bedah adalah seramai 10 orang dan 3 orang pembantu perawatan kesihatan. Semasa ketiadaan kes pembedahan, kakitangan Dewan Bedah akan ditugaskan di wad-wad dan juga di Unit Kecemasan bagi meringankan beban tugas kakitangan di wad atau unit tersebut. Walaubagaimanapun seorang kakitangan akan berada di Dewan Bedah bagi memantau keadaan Dewan Bedah setiap hari. Ini kerana kerja-kerja pembersihan oleh Sinar Jernih, pemeriksaan rutin, PPM serta kerja membaikpulih bahagian yang rosak ( jika ada) perlu dipantau.

 

VISI

Memberi perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan efisen.

 

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan pembedahan elektif terbaik memenuhi kepuasan dan mengatasi segala masalah yang sedia ada melalui kerja berpasukan, keperihatinan dan professionalisma.

 

 

OBJEKTIF

  • Untuk memulihkan keadaan optima kesihatan pesakit daripada keuzuran dan penyakit yang memerlukan rawatan pembedahan.
  • Untuk mengurangkan jangkitan pada tahap minima sebelum, semasa dan selepas pembedahan.
  • Mengurangkan penderitaan dan komplikasi semasa fasa penjagaan dan pembedahan.
  • Untuk memberi kesedaran supaya orang ramai mendapatkan rawatan yang awal dan lebih bertanggungjawab ke atas kesihatan sendiri.

 

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Kemudahan untuk pesakit

- Satu Bilik Bedah yang lengkap
- Ruang Menunggu selepas pembedahan

  • Kemudahan untuk anggota keluarga pesakit.

- Bilik Menunggu
- Bilik temubual

  • Kemudahan untuk kakitangan dewan bedah

- Pantri
- Surau
- Bilik Persalinan lelaki dan perempuan
- Bilik Pegawai Perubatan
- Bilik Ketua Jururawat
- Bilik Pakar Anestesiologi

 

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan semua anggota memberi perkhidmatan yang professional, layanan mesra, bertimbang rasa, sopan santun, ikhlas.
  • Memastikan masa menunggu giliran pembedahan di ruang menunggu tidak melebihi 1 jam.
  • Memastikan masa perantaraan masa menunggu bagi kes pembedahan tidak melebihi 10 min.
  • Memastikan pembatalan kes pembedahan elektif tidak melebihi 15%.
  • Memastikan persekitaran Dewan Bedah bersih dan selamat untuk semua kes pembedahan.
  • Memastikan semua anggota bertugas perubatan menerima latihan yang berterusan.

 

 

ANGGOTA DEWAN BEDAH


KETUA JURURAWAT U32

  • KJ Noor Aini Binti Abu Hashim

JURURAWAT TERLATIH U32(KUP)

  • Norhalidah Binti Mohamed
  • Siti Anita Binti Abdul Hamid
  • Kasmah Binti Ali

 

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

  • Muhammad Ihsan Bin Samsudin

 

JURURAWAT TERLATIH U29

  • Hemanorazila Binti Abu Bakar
  • Noor Hayati Binti Mohd Noor
  • Noraida Binti Muhammad
  • Vasugee A/P Suppramaniam
  • Wan Noraini Binti Wan Adam
  • Zarina Binti Ismail
  • Nurul Akhmahani Binti Mat Ali
  • Norsaliza Binti Md Sidek
  • Salisham Bin Saleh


PENOLONG PERAWATAN KESIHATAN U11

  • Mansor Bin Bakar
  • Shamsuri Bin Mohd
  • Abdul Rahman Bin Kasim

 

Tarikh Kemaskini

21 OGOS 2018