Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Klinik Pakar

PENGENALAN


Klinik Rawatan Pakar Hospital Jasin telah beroperasi pada bulan Ogos 2005. Ia terletak di sebelah kanan lobi utama Hospital Jasin.

Mulai tahun 2006, Klinik Rawatan Pakar telah beroperasi setiap hari meliputi 6 Displin iaitu :

  1. Klinik Pakar Obstrektrik & Ginekologi
  2. Klinik Pakar Perubatan Am (MUFUC)
  3. Klinik Pakar Orthopedik (ORTHO)
  4. Klinik Pakar Pembedahan Am (SOPD)
  5. Klinik Pakar Otorinolaryingologi (ORL)
  6. Klinik Pakar Kanak-kanak (PAED)

Manakala 2 Displin lain tanpa pakar iaitu:

  • Klinik Lanjutan
    • Untuk kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan dari Unit Kecemasan, Wad Kanak-kanak, Wad Lelaki dan Wad Perempuan.
  • Klinik Sejahtera
    • Untuk memeriksa tahap kesihatan anggota Hospital Jasin dan keluarga terdekat dalam mengelak sebarang komplikasi penyakit.

Klinik ini memberikan kemudahan perkhidmatan rawatan pakar kepada pesakit yang datang ke klinik pakar secara berjadual yang telah ditetapkan oleh Klinik Pakar dari Hospital Melaka iaitu setiap minggu, dua minggu sekali dan sebulan sekali.

Klinik ini juga merupakan pusat praktikal pelajar perubatan Kolej Manipal Melaka.

Selain itu kehadiran doktor pakar dari Hospital Melaka dan Profesor dari Kolej Manipal memberi kerjasama dalam memberi khidmat kepakaran kepada pesakit di Klinik Pakar Hospital Jasin.

Bermula pada bulan March tahun 2010 klinik ini telah mendapat khidmat seorang pakar perubatan dari Hospital Melaka yang datang membuat perawatan setiap 2 kali seminggu. Oleh itu perkhidmatan pemeriksaan stress test juga telah dimulakan di klinik ini.

Perkhidmatan klinik pakar obstrick dan gyne diberhentikan buat sementara waktu dari bulan March atas sebab kekurangan pakar dari Kolej Manipal, tetapi Klinik Gyne telah dimulakan semula pada bulan Julai.

 

VISI

Memberi pemeriksaan dan rawatan kepakaran secara profesional untuk mengurangkan komplikasi serta meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran yang berkualiti dan cemerlang melalui pegawai-pegawai yang profesional dengan menggunakan teknologi terkini dan anggota yang terlatih untuk kepuasan pelanggan.

 

OBJEKTIF

Menyediakan rawatan pakar di Hospital Jasin untuk memberikan kemudahan rawatan kepakaran kepada penduduk Daerah Jasin dan kawasan yang berhampiran.


SKOP PERKHIDMATAN

 

  • Menyediakan perkhidmatan rawatan kepakaran melalui program lawatan pakar.
  • Memantau keberkesanan rawatan yang diambil oleh pesakit-pesakit.
  • Membuat temujanji dan rujukan kes ke Hospital Melaka.
  • Membuat “Follow Up “ kes yang gagal datang mendapatkan pemeriksaan.
  • Membuat statistik pengumpulan data Klinik Pakar Hospital Jasin.
  • Memberi perawatan seperti memberi suntikan, membersih luka, pemeriksaan kesihatan, pengambilan spesimen darah dan pembukaan dan pemasangan pop.
  • Menjalankan Prosedur stress test.

 

 

ANGGOTA KLINIK PAKAR

PEGAWAI PERUBATAN UD48

  • Dr Nur Safani Binti Basri

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U32

  • Faizal Bin Ibrahim

 

KETUA JURURAWAT U32

  • KJ Hamisah Binti Safar

 

JURURAWAT TERLATIH U32 (KUP)

  • Yong Su Len

 

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

  • Mohamad Hafiz Bin Sulaiman

 

JURURAWAT TERLATIH U29

  • Nor Aishah Binti Zulkifli
  • Norbaizurah Binti Abu Bakar

 

JURURAWAT MASYARAKAT U24

  • Siti Khatijah Binti Awang

 

JURURAWAT MASYARAKAT U19

  • Nirmala A/P Chitheraiveloo
  • Nurul Farehah Binti Mohd Yusof
  • Norlida Binti Sharudin

 

 PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U14

  • Moktar Bin Deni 

 

 PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

  • Mohamad Bin Chek
  • Siti Fhaziena Binti Md Zain
  • Muhammad Firdaus Bin Harun

 

PEMBANTU TADBIR N22(KUP)

  • Fadzilah Binti Mohd Yusof

Tarikh Kemaskini

12 JUN 2018