Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Unit Forensik

PENGENALAN

Unit Forensik ialah sebuah unit yang mempunyai 5 unit peti simpanan mayat dan boleh simpan 10 mayat dalam satu masa. Ia dilengkapi dengan 2 buah kenderaan mayat. Ianya terletak berhampiran dengan pejabat Syarikat Konsesi Pantai Medivest Sdn.Bhd.

 

 

VISI

Menjalankan urusan pengendalian jenazah/mayat secara sistematik dari mula penerimaan sehingga selesai urusan dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan serta kemudahan infrastruktur dan peralatan yang terkini dan terbaik yang setaraf dengannya.

 

 

MISI

Menjadikan Unit Forensik Hospital Jasin salah satu unit yang terbaik dan cemerlang dalam perkhidmatan .

 

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan penerimaan , penyimpanan dan penyerahan jenazah/ mayat secara bersistemmatik dan lancar.
  • Membantu waris-waris simati dalam urusan pengendalian jenazah /mayat dari awal sehingga selesai urusan penyerahan.
  • Memberi kefahaman kepada waris-waris dan orang ramai mengenai pengurusan jenazah/mayat yang berkaitan undang-undang / kes Polis atau sebaliknya

 

 

SKOP PERKHIDMATAN

Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Unit Forensik :-

  • Menjalankan pemeriksaan mayat , menyediakan, menyerah serta menerima laporan pada setiap syif.
  • Mendaftarkan kemasukan mayat ke dalam buku kematian di mana kebanyakan kes yang di lodger serta mencatat sebab mati yang diberitahu oleh doktor.
  • Membantu doktor untuk buat penyiasatan awal dan memeriksa si mangsa, serta penyediaan peralatan dan dokumentasi kepada si mati sebelum buat post morterm.
  • Membuat laporan setiap kali bila ada insident berlaku.
  • Memeriksa dan memastikan peralatan baik bila diguna.
  • Membuat catatan stastistik di buku rekod kematian dan meyimpankan spesimen mengikut piawai yang di tetapkan.
  • Mengemaskan peralatan dan memastikan kebersihan di Unit Forensik.
  • Mengendalikan kes-kes rujukan ke Hospital Melaka untuk kes keperluan pakar.
  • Memeriksa dan mempastikan kelengkapan mencukupi dan sedia untuk digunakan.
  • Merancang tindakan susulan dalam proses penerima , penyimpan dan penyerahan mayat.
  • Memberikan pendidikan kesihatan dan nasihat kepada pesakit dan waris.
  • Memperkemaskan kawasan Unit Forensik.
  • Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit dan orang awam yang datang untuk mendapat perkhidmatan Forensik.

 

 

ANGGOTA UNIT FORENSIK

 

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U32

  • MA Mohd Noh Bin Suboh

Tarikh Kemaskini

18 DISEMBER 2017