Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Wad Pemerhatian

PENGENALAN

Bilik pemerhatian di Unit Kecemasan ialah sebuah bilik yang mempunyai 6 buah katil dilengkapi dengan troli kecemasan dan bilik untuk menyimpan ubatan . Ianya terletak di unit yang sama dengan Unit Kecemasan dan Trauma.



OBJEKTIF

Perkhidmatan disediakan 24 jam sehari.  Menjalankan perawatan awal,penyiasatan dan memeriksa vital sign pesakit di Bilik pemerhatian , memberi perawatan awal kepada pesakit sementara menunggu keputusan ujian dari makmal dan sementara menunggu pesakit di nilai oleh Doktor semula samada pesakit boleh discaj atau di rujuk ke Hospital Melaka atau dimasukkan ke Wad. Pemerhatian rapi perlu dilakukan dalam masa 6 jam semasa pesakit berada di Bilik Pemerhatian Unit Kecemasan.



SKOP PERKHIDMATAN


I. JURURAWAT YANG BERTUGAS DI BILIK PEMERHATIAN DI UNIT KECEMASAN


  • Menjalankan perawatan dan penjagaan pesakit , menyediakan ,menyerah serta menerima laporan pesakit di Bilik Pemerhatian pada setiap syif
  • Mendaftarkan kemasukan pesakit ke Bilik pemerhatian di mana kebanyakan kes yang di lodger seperti:-

- Pesakit yang mengalami penyakit darah tinggi.
- Pesakit kencing manis.
- Pesakit yang mengalami kepatahan tulang / pesakit spinal.
- Pesakit yang mengalami kemalangan jalanraya.
- Kes-kes ibu mengandung yang mengalami komplikasi.
- Pesakit yang mengalami komplikasi disistem pernafasan seperti pesakit asthma,COAD dan lain-lain.

  • Menjalankan perawatan awal, penyiasatan dan memeriksa vital sign pesakit di Bilik pemerhatian. Jururawat perlu peka semasa memberi perawatan awal kepada pesakit sementara menunggu keputusan ujian dari makmal dan sementara menunggu pesakit dinilai oleh Doktor semula samada pesakit boleh discaj atau di rujuk ke Hospital Melaka atau dimasukkan ke Wad Pemerhatian rapi perlu dilakukan dalam masa 6 jam semasa pesakit berada di Bilik Pemerhatian Unit Kecemasan.
  • Menulis laporan setiap kali pesakit di masukkan ke Bilik pemerhatian.
  • Memeriksa dan memesan ubat-ubatan losyen, peralatan, I/V drip dan alat tulis pada hari yang ditetapkan.
  • Membuat census harian untuk kemasukan pesakit ke bilik pemerhatian dan perlu dihantar untuk direkodkan.
  • Mengemaskan katil pesakit dan memastikan kebersihan di bilik pemerhatian .
  • Mengendalikan kes-kes rujukan ke Hospital Melaka.
  • Memeriksa dan mempastikan kelengkapan mencukupi dan sedia untuk digunakan.
  • Merancang tindakan susulan dalam proses perawatan pesakit.
  • Memberikan pendidikan kesihatan dan nasihat kepada pesakit dan waris.
  • Memastikan pesakit dapat berehat dengan selesa semasa pesakit diletakkan sementara di bilik pemerhatian.

ANGGOTA WAD PEMERHATIAN

KETUA JURURAWAT U32

  • KJ Sulimah Binti Bawok

JURURAWAT TERLATIH U32(KUP)

  • Mazliana Binti Mohtar
  • Sophia Hyacinth AK Beraoh

JURURAWAT TERLATIH U29

  • Aznoor Binti Mohd Ali
  • Komathy A/P Jayanthran
  • Maziah Binti Mohamad
  • Maznawati Binti Md Sharif
  • Noor Safura Binti Dollah
  • Norhayati Binti Che Azmi
  • Norliza Binti Shamsuddin
  • Zubaidah Binti Abdul Jaffar

JURURAWAT MASYARAKAT U19

  • Asfarani Binti Osman
  • Nor Azimah Binti Md Nor
  • Noraida Binti Mohd Shaffee
  • Norhidayu Binti Mohd Fuad

Tarikh Kemaskini

13 DISEMBER 2018