Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Unit Rekod Perubatan

PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan merupakan salah satu Unit di Hospital Jasin yang memberi perkhidmatan seperti penyediaan Laporan Perubatan dan Laporan Post Mortem disamping berfungsi sebagai pusat penyediaan Perangkaan Hospital, penyimpanan fail Rekod Pesakit Dalam , Filem X-ray dan kad ‘Medico Legal’ serta notifikasi penyakit berjangkit melalui CDCIS on Line .

Unit  Rekod Perubatan terletak di tingkat 1, Hospital Jasin dan berhadapan dengan Unit Pentadbiran, Hospital Jasin.

 VISI

Mengekalkan sistem keselamatan dan penjagaan rekod perubatan pesakit serta maklumat kesihatan yang berkualiti dengan baik dan sempurna juga mengutamakan kehendak pelanggan dalaman dan luaran dalam memenuhi keperluan mendapatkan maklumat rekod pesakit.

MISI

Merealisasikan satu sistem perkhidmatan Rekod Perubatan dan maklumat pesakit yang cekap, berkualiti, bersistematik dan berkesan.

OBJEKTIF


Menyimpan, menyelenggara rekod dan perangkaan adalah untuk menghasilkan pengurusan perawatan pesakit dan pengurusan perkhidmatan hospital keseluruhannya secara berkesan dan cekap kearah pencapaian maklumat yang diperlukan.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Skop perkhidmatan utama Unit ini ialah mengumpul, menyimpan dan mengeluarkan statistik bagi pihak hospital. Statistik merangkumi:-

- Pesakit Dalam

- Pesakit Luar

- Unit Sokongan

  • Unit Rekod Perubatan juga menyimpan fail Rekod Pesakit Dalam dan Kad Pesakit Luar yang melibatkan kes-kes 'Medico Legal' .Disamping itu, Unit Rekod Perubatan juga berfungsi sebagai pusat notifikasi penyakit berjangkit dan penyakit pekerjaan dan notifikasi penyakit berjangkit juga dibuat melalui on line (CDCIS) .
  • Selain dari statistik Unit Rekod Perubatan juga menguruskan Permohonan Laporan Perubatan dari pihak polis, insuran, KWSP, PERKESO, majikan dan persendirian .
  • Sebagai pusat rujukan QAP – NIA - 22 indikator yang terdapat di Hospital Jasin.
  • Mulai tahun 2008 telah mula melaksanakan Modified Terminal Digit System (MTDFS) dan Penyimpanan Rekod Pesakit berpusat ( Centeralize Failing Patisen Record ) dengan mengambilalih rekod-rekod dari Unit Kecemasan terlebih dahulu dan akan diikuti dengan Kinik Pakar Atas Lawatan.



ANGGOTA UNIT REKOD PERUBATAN

PENOLONG PEGAWAI TADBIR (REKOD) N32 (KUP)

  • Encik  Amir Bin Kassim


PEMBANTU TADBIR N17

  • Mastura Binti Tomadi
  • Nurhaslina Binti Rahim
  • Nurshamira Binti Mohd Nor
  • Sa'adiah Binti Yussof
  • Zarina Fadzilah Binti Abdul Razak

PEMBANTU AWAM H11 / H14

  • Mohd Rizal Bin Mohd Isa

Tarikh Kemaskini

21 OGOS 2018