Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Unit Teknologi Maklumat

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Pengurusan. Unit ini dianggotai oleh dua orang iaitu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F38 yang bertindak selaku Ketua Unit. Manakala seorang lagi ialah Juruteknik Komputer Gred FT 17. Kedudukan unit adalah di tingkat 1, Hospital Jasin bersebelahan dengan Unit Pentadbiran. Unit ini sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menaiktaraf kemudahan dari semasa ke semasa berlandaskan teknologi yang terkini.

 

MISI
Menjadikan ict sebagai wadah dalam kemajuan hospital supaya lebih berdaya saing di dalam dunia globalisasi pada hari ini.

 

 

VISI
Membantu pihak pengurusan dalam menjadikan warga kerja Hospital Jasin ke arah celik IT selaras dengan saranan dari pihak kerajaan.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan kemudahan teknologi maklumat kepada unit-unit di Hospital Jasin samada dari segi peralatan, perisian dan rangkaian bagi memenuhi keperluan kerja-kerja seharian.
  • Mengadakan latihan dan kursus ICT supaya sentiasa celik teknologi maklumat di kalangan warga kerja Hospital Jasin.
  • Memastikan rangkaian dan komputer sentiasa bebas dari serangan virus dan pencerobohan.
  • Membina, menyenggara dan mengemaskini portal atau laman web rasmi hospital.

 


SKOP PERKHIDMATAN

  • Merancang perolehan peralatan teknologi maklumat bagi Hospital Jasin.
  • Membantu unit-unit dalam penyediaan peralatan teknologi maklumat yang memerlukan semasa ceramah, kursus, bengkel dan mesyuarat.
  • Memberi latihan dan kursus ICT kepada warga kerja Hospital Jasin.
  • Memastikan perisian antivirus dipasang ke setiap komputer dan sentiasa dikemaskini supaya serangan virus dapat dikawal.
  • Memastikan maklumat yang ada di dalam laman web / portal hospital sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.

 

ANGGOTA UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT


PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F38

  • Jariah Binti Sharif

JURUTEKNIK KOMPUTER FT 17

  • Elias Bin Mahamad





Tarikh Kemaskini

18 DISEMBER 2017