Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Perpustakaan

PENGENALAN

Unit Perpustakaan Perubatan Hospital Jasin mula beroperasi pada 26 September 2005. Bahan koleksinya sebanyak 154 naskah terdiri dari buku-buku berbentuk laporan tahunan. Jumlah komulatif bahan koleksi iaitu buku-buku perubatan dan bukan perubatan sehingga tahun 2010 sebanyak 831 naskah.

Unit Perpustakaan bertempat di aras 1 bersebelahan dengan Bilik Seminar dan Unit Rekod Perubatan.

 

OBJEKTIF

Unit Perpustakaan menyediakan perkhidmatan rujukan yang berkesan dalam perkhidmatan sokongan kepada pegawai-pegawai profesional dan bukan profesional di Hospital Jasin.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Unit Perpustakaan adalah di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Jasin.
  • Memberikan kemudahan perkhidmatan rujukan kepada semua anggota hospital.
  • Mengerakkan semua aktiviti-aktiviti perkhidmatan rujukan.
  • Menambahkan koleksi-koleksi bahan-bahan rujukan yang diperlukan.
  • Membantu mengumpul laporan-laporan tahunan dan statistic untuk memudahkan pegawai-pegawai menggunakan data-data semasa berceramah, seminar dan kempen-kempen.




SENARAI ANGGOTA

Jumlah perjawatan Unit Perpustakaan ialah seorang iaitu Pembantu Pustakawan S22 KUP iaitu En Hamdan Bin Kussini.

Tarikh Kemaskini

13 DISEMBER 2018