Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Unit Farmasi dan Bekalan

PENGENALAN

Unit Farmasi dan Bekalan Hospital Jasin diketuai oleh seorang Pegawai Farmasi Gred UF52 yang dilantik oleh Pengarah Hospital. Unit ini terbahagi kepada 5 sub-unit iaitu :

  • Farmasi Bekalan Wad
  • Farmasi Pesakit Luar & MTAC
  • Farmasi Logistik
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat
  • Farmasi Wad


Setiap unit-unit ini dijaga oleh Pegawai Farmasi. Unit Farmasi dan Bekalan merupakan salah sebuah unit pusat yang membekalkan item ubat dan bukan ubat kepada semua unit pengguna di Hospital Jasin termasuk wad-wad, Unit Kecemasan, Klinik Pakar, Dewan Bersalin, Dewan Bedah, Unit Bekalan Bahan Steril, Unit Patologi, Unit Pengimejan dan Unit Sajian. Unit Farmasi dan Bekalan juga ada menerima dan membekalkan ubat-ubatan kepada hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan lain di Negeri Melaka. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab menyampaikan informasi mengenai ubat kepada pengguna-pengguna.



OBJEKTIF

  • Membekalkan bahan perubatan kepada pelanggan mengikut piawaian farmaseutikal.
  • Memberi kefahaman kepada pelanggan terhadap ubat-ubatan yang diberikan.
  • Memastikan stok bekalan bahan perubatan mencukupi setiap masa.
  • Menyediakan persediaan ubat-ubatan farmaseutikal (lotion/krim/bancuhsegar) seperti yang diperlukan mengikut piawaian farmaseutikal.
  • Melaksanakan elemen-elemen yang termaktub didalam budaya korporat

 

VISI
Menerajui pengurusan berkualiti ke atas ubat-ubatan melalui tenaga kerja yang berdaya saing, sains dan teknologi bersesuaian dan perkongsian dengan semua pihak yang berkepentingan.


MISI
Memastikan ubat-ubatan berkualiti untuk Negara.


PIAGAM PELANGGAN UNIT

  • Setiap pelanggan akan dilayan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
  • Memastikan ubat-ubatan dibekalkan dalam masa 30 minit dengan syarat:

- Preskripsi adalah sah, lengkap, dan betul.
- Tidak termasuk ubat-ubatan ekstemporaneous (ubat-ubat yang perlu dibacuh)

  • Semua pelanggan yang menyertai program ’SMS dan AMBIL’ boleh mendapatkan bekalan ubat pada tarikh yang dipersetujui.


SKOP PERKHIDMATAN

  • Menjalankan tugas pendispensan ubat-ubatan kepada Pesakit Luar serta pesakit yang discaj dari wad.
  • Membekalkan ubat-ubatan serta persediaan farmaseutikal kepada wad-wad dan unit pengguna yang berkaitan.
  • Memberikan perkhidmatan dan informasi tentang ubat-ubatan, formulasi, implimentasi dan pemantauan prosedur-prosedur ubat terkawal di Hospital Jasin.
  • Menyediakan persediaan-persediaan ekstemporaneous apabila diperlukan.
  • Mengimplementasi konsep SPUB (Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu) serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Stor Farmasi berfungsi membekalkan ubat/bukan ubat kepada Hospital Jasin. Stok perlu dipastikan pada paras yang optima bagi memastikan bekalan mencukupi dan perkhidmatan berjalan dengan lancar.
  • Perolehan dan penyimpanan barang-barang dilakukan berpandukan garis panduan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
  • Unit Farmasi dan Bekalan beroperasi dalam waktu pejabat (8.00 pagi – 5.00 petang) dan perkhidmatan ‘atas-panggilan’ dilakukan selepas waktu pejabat.

 

ANGGOTA UNIT FARMASI DAN BEKALAN

PEGAWAI FARMASI UF52

  • Nursahjohana Binti Md Sahak

 

PEGAWAI FARMASI UF48

  • Izrul Azwa Binti Mohd Latiff

 

PEGAWAI FARMASI UF44

  • Low Jia Hui
  • Ng Shy Pyng

 

PEGAWAI FARMASI UF41

  • Noor Athirah Haziqah Binti Mohd Sobri
  • Tan Xin Yi
  • Nurul Atika Binti Wahab

 

PENOLONG PEGAWAI FARMASI KANAN U32

  • Ruslinda Binti Mat Termizi

 

PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29

  • Noor Binti Marjikon
  • Noor Hidayah Binti Musa
  • Nurhidayah Binti Zakaria

 

PEMBANTU TADBIR KANAN N22

  • Mohammad Bin Khamis

 

PEMBANTU TADBIR N19

  • Rosafinah Binti Manah

 

PEMBANTU TADBIR (KEW) W19

  • Rosli Bin Jinal

 

PEMBANTU AWAM H11

  • Mohd Yusof Bin Hamzah
  • Mohd Rizal Bin Mohd Isa
  • Juliana Binti Mahat
  • Rosli Bin Dris

 

PEMBANTU OPERASI N11

 

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

  • Suhaimi Bin Sulaiman

Tarikh Kemaskini

13 DISEMBER 2018