Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

PENGENALAN

Unit Kualiti dan Latihan Hospital Jasin telah ditubuhkan pada tahun 2005. Ketika itu, hanya terdapat dua orang Pembantu Tadbir N19 yang melaksanakan tugas-tugas kualiti serta latihan. Bermula tahun 2016, Unit Kualiti dan Latihan telah digabungkan bersama Unit Aset Hospital, di mana semua pemantauan aset hospital telah diketuai oleh seorang Pembantu Tadbir Kanan N22 dan Pembantu Tadbir N19. Struktur Organisasi unit diperkukuhkan bermula 1 September 2017 apabila seorang pegawai perubatan telah ditempatkan untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Unit. Pada 17 Oktober 2017, Unit Kualiti, Latihan dan Aset telah berpindah ke pejabat baru. Perbincangan kecil bersama ketua unit telah dijalankan pada 27 Oktober 2017 dan telah bersetuju untuk penjenamaan semula nama unit kepada Unit Kualiti, Aset dan Latihan atau Quality, Asset And Training (Q.A.T).

 

OBJEKTIF

Membantu pihak hospital dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan melalui sistem yang komprehensif dan anggota yang cekap.

 

MISI

  1. Melahirkan anggota yang cekap, kompeten dan berintegriti.
  2. Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan anggota.
  3. Mewujudkan satu sistem dokumentasi yang mesra, ringkas dan komprehensif.

 

VISI

Hospital Jasin sebuah pusat sumber rujukan yang cemerlang.

 

SKOP TUGAS UNIT KUALITI, ASET DAN LATIHAN (Q.A.T)

AKTIVITI KUALITI :

  1. Inisiatif Lean Healthcare Hospital Jasin
    1. Bertindak sebagai Pengurus Lean Healthcare dan memastikan perjalanan kajian berjalan dengan lancar.
    2. Bertindak sebagai jambatan penghubung antara pasukan projek Lean dengan pengurusan tertinggi hospital dalam memastikan masalah yang dihadapi oleh pasukan dapat diatasi.
  1. Hospital Kluster
    1. Membantu aktiviti-aktiviti hospital kluster di peringkat Hospital Jasin(Non Lead Cluster Hospital).
    2. Mengumpul dan menganalisa data.
    3. Membantu menyelaras lawatan kerja hospital kluster.
  1. Jawatankuasa Pemandu Kualiti
    1. Merancang dan menyelaras aktiviti Jawatankuasa Pemandu Kualiti.
    2. Mengadakan mesyuarat 2 kali setahun.
    3. Merancang takwim tahunan aktiviti-aktiviti kualiti Hospital Jasin.
  1. HPIA dan KPI
    1. Mengumpul dan menganalisa pencapaian HPIA & KPI dari setiap unit mengikut frekuensi yang telah ditetapkan.
    2. Menjalankan audit dua kali setahun
    3. Menghadiri mesyuarat peringkat hospital dan negeri dua kali setahun
  1. Malaysian Patient Safety Goals (MPSG)
    1. Menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Patient Safety Goals
    2. Memantau pencapaian KPI yang berkaitan dengan MPSG.
    3. Menjalankan mesyuarat sebanyak 2 kali setahun.
    4. Menjalankan audit Patient Idenfication sebanyak 2 kali setahun.
    5. Memastikan laporan dihantar setiap awal tahun secara atas talian ke KKM dan secara bertulis ke JKNM.
  1. ISO
    1. Membantu merancang aktiviti-aktiviti ISO.
    2. Membantu memastikan audit dalam dan MKSP dijalankan sekali setahun.
  1. Akreditasi
    1. Membantu merancang aktiviti-aktiviti akreditasi agar memenuhi standard MSQH.
    2. Bermesyuarat bergantung kepada keadaan.
    3. Mengadakan Internal Survey dan Mock Survey mengikut keperluan.
    4. Mengekalkan Pensijilan Akreditasi.
    5. Mengadakan/merancang latihan berkaitan akreditasi.
  1. Credentialing & Previleging
    1. Mengadakan mesyuarat 2 kali setahun.
    2. Mengumpul dan menyemak borang permohonan daripada anggota klinikal dan Kolej Perubatan Manipal Melaka.
    3. Mengeluarkan Sijil Pengiktirafan Privileging.
  1. QAP
    1. Merancang dan melaksanakan aktiviti QA.
    2. Mesyuarat dua kali setahun.
    3. Menganjurkan bengkel/latihan/seminar/konvensyen negeri dan kebangsaan.
    4. Mengumpulkan maklumat projek QAP dari jabatan yang terlibat.
  1. Incident Reporting
    1. Mengadakan mesyuarat JK Insiden setiap 6 bulan.
    2. Merancang dan melaksanakan kursus atau taklimat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
    3. Menghantar laporan kepada JKN dan KKM secara online dan hard copy.
    4. Mengumpul data dan Borang Laporan Insiden.
  1. Piagam Pelanggan
    1. Mengumpul data piagam pelanggan dari unit-unit.
    2. Memastikan unit-unit menghantar data ke Unit Kualiti sebelum atau pada 5 hari bulan berikutnya.
    3. Memastikan pencapaian piagam pelanggan dihantar kepada Pengarah sebelum atau pada 15 hari bulan berikutnya.
    4. Memantau dan menganalisa pencapaian piagam pelanggan unit-unit.
  2. Laporan Kualiti
    1. Menyediakan laporan tahunan kualiti.

AKTIVITI ASET:

  1. Memastikan setiap aset diperiksa sekurang-kurangnya sekali setahun.
  2. Memastikan penerimaan, pengendalian, kerosakan, dan pelupusan aset dilakukan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan.
  3. Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Aset Alih Kerajaan 4 kali setahun.

AKTIVITI LATIHAN:

  1. Memantau Kursus Anggota Hospital melalui eSPEL.
  2. Memantau Pengisian myCPD Anggota Hospital bagi kategori yang berkaitan.
  3. Mengumpul data kursus Basic Life Support(BLS) yang telah dihadiri oleh paramedic di kawasan acute
  4. Membantu dalam penganjuran kursus dalaman.
  5. Menyelaras keperluan kursus luaran.

 

ANGGOTA UNIT KUALITI, ASET DAN LATIHAN

KETUA UNIT

 DR. ABDUL KARIM BIN ABDUL RAHMAN


KETUA PEMBANTU TADBIR N22

SITI ZAHIDAH BINTI ZAINAL ABIDIN

 

PEMBANTU TADBIR N19

SHAH AIN BINTI MOHAMAED RAHIM (KUALITI)

RUSZETA BINTI ALAM SHAH ( ASET)

PEMBANTU TADBIR N19 (LATIHAN)

Kelab SAHABAT Hospital Jasin telah ditubuhkan pada 8 Oktober 2015 bagi menggantikan Kelab KESUMA.  Kelab ini merupakan kelab yang berdaftar dengan pertubuhan.

 

TUJUAN DAN MATLAMAT PENUBUHAN KELAB INI IALAH UNTUK :

  • Merapatkan tali silaturrahim dan perhubungan serta persahabatan di antara ahli di dalam sebuah pertubuhan berdaftar melalui aktiviti sukan dan lain-lain aktiviti yang dijalankan.
  • Mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan kakitangan.
  • Mewujudkan dan menggalakkan minat kesuburan rohani dan jasmani dan pengetahuan am di kalangan kakitangan melalui aktiviti ceramah dan majlis ilmu.
  • Menjalankan aktiviti perniagaan dan ekonomi secara sah atas nama pertubuhan dan segala keuntungan yang diperolehi digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan pertubuhan.

 

KEAHLIAN

  • Terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan samada tetap atau kontrak di Hospital Jasin, warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Bayaran permulaan masuk adalah RM 10.
  • Manakala yuran tahunan adalah RM 20.
  • Yuran tahunan hendaklah dijelaskan sebelum 31 Mac setiap tahun kepada Bendahari SAHABAT.

 

SENARAI AHLI JAWATANKUASA SAHABAT BAGI SESI 2016 - 2018

YANG DIPERTUA  :    DR ZALEHA BINTI MD NOOR
NAIB YANG DIPERTUA 1  :    EN HILMY BIN AHMAD RAZALI
NAIB YANG DIPERTUA 2 :    DR ABDUL KARIM BIN ABDUL RAHMAN
SETIAUSAHA :    EN MOHD NOH BIN SUBOH
NAIB SETIAUSAHA :    PN ALIAH BINTI OTHMAN
BENDAHARI  :    PN NURSAHJOHANA BINTI MD SAHAK
PENOLONG BENDAHARI :    PN ZALEHA BINTI MUSA
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 :    PN SURIYA ZANARIYA BINTI ZAKARIA
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2 :    EN AHMAD RUZAINI BINTI RAZALI

 

 

 

 

 

 

 

 

AHLI JAWATANKUASA KECIL

BIRO EKONOMI    

:   1.  EN YUSRIZAL BIN HJ BUSRA

    2.  PN NOOR AINI BINTI MOHD SANI

BIRO SUKAN    

:   1.  CIK NORSHARMILA BINTI MOHD JARIN

    2.  EN SAFWAN BIN SHAM

BIRO KEBAJIKAN

:   1.  PN HAJJAH RUSNANI BINTI HARUN

    2.  PN NOR YUHANIS BINTI MAT

 BIRO AGAMA

:   1.  EN MOKHTAR BIN DENI

    2.  PN JARIAH BINTI SHARIF

 

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI DAN SUMBANGAN YANG DIJALANKAN

  • Hari Keluarga Kelab SAHABAT 2016
  • Program Membuat Bubur Lambuk
  • Program Berbuka Puasa
  • Jualan air mineral di tempat-tempat menunggu
  • Hadiah Hari Lahir
  • Sumbangan wang tunai Perkahwinan, Kelahiran anak pertama di Hospital Jasin dan Kematian Ibu/Bapa
  • Sumbangan wang tunai kepada anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM

 

 

 

 

 

 

Tarikh Kemaskini

12 JUN 2018