Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Unit Haemodalisis

PENGENALAN

Unit Hemodialisis ini diwujudkan dibawah Pelaksanaan Projek Menaiktaraf Hospital KKM di bawah RMK-9, untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit buah pinggang di kawasan yang berhampiran untuk menjalani rawatan hemodialisis.

 

Pembinaan Unit Hemodialisis disiapkan pada 21 April 2011. Jumlah peruntukan ialah RM 1,052,720 bagi kerja Civil, Pendawaian Letrik dan Alat Hawa Dingin termasuk Mesin RO (Reverse Osmosis). Unit ini dijangkakan mula beroperasi mulai 3 Januari 2012 dan berfungsi dengan 6 buah Mesin Hemodialisis Model Fresenius.

 

 

OBJEKTIF

Memberi rawatan dialisis yang berkualiti, cekap dan selamat kepada pesakit supaya mereka dapat menjalani dan menikmati kehidupan yang normal sama saperti anggota masyarakat yang sihat.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Rawatan Hemodialisis (HD)  hanya diberi kepada pesakit-pesakit Kegagalan Buah Pinggang (End Stage Renal Failure) yang telah didaftarkan di Unit ini dan MENDAPAT KEBENARAN DARI PAKAR NEFROLOGI HOSPITAL MELAKA.

 

Unit ini juga bertanggungjawab menguruskan  perkhidmatan rawatan susulan oleh Pakar Nefrologi Hospital Melaka setiap 3 bulan di Klinik Unit Hemodialisis bagi pesakit  ESRF, Nefro dan Transplant  yang telah didaftarkan di Unit Hemodialisis.

 

Pesakit  dari Pusat Hemodialisis Kerajaan dari Luar Daerah Jasin atau Luar Negeri Melaka dibenarkan membuat rawatan dialisis di Unit ini dengan mendapat kebenaran dari Pakar Nefrologi (Hospital Melaka) atau Pegawai Perubatan Unit Hemodialisis Hospital Jasin,  jika ada kekosongan tempat dan telah membuat temu janji lebih awal.

 

Rawatan dialisis diberi  mengikut Jadual Giliran yang telah di sediakan oleh Staf unit. Giliran Pertama bermula 8.00 pagi, Giliran Kedua bermula  12.30 tengahari. Sebarang perubahan jadual rawatan akan di maklumkan kepada pesakit terlibat.

 

Bagi pesakit dialisis di unit ini,  yang di masukan Ke Wad disebabkan masalah kesihatan, rawatan dialisis akan di buat  mengikut arahan doktor yang merawat.

 

Tempoh setiap rawatan dialysis ialah 4 jam hingga 4.30 jam, 3 kali seminggu atau mengikut priskripsi diarahkan oleh Pegawai Perubatan.

 

Memberi pendidikan kesihatan, nasihat permakanan dan lain khidmat nasihat kepada pesakit yang memerlukan dari masa ke semasa.

 

ANGGOTA UNIT HEMODIALISIS

 

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U32

  • Yusrizal Bin Hj Busra

 

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

  • Basil Bin Mohd Fauzi
  • Wan Norazreen Binti Wan Mohamed

 

JURURAWAT  TERLATIH

  • Marzilah Binti Md Rasid
  • Siti Fadzilah Binti Ismail
  • Siti Hawa Bt Mohamed @ Salim
  • Zahirah Binti Dolah
  • Zuraidah binti Ismail

 

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

  • Sharom b Ibrahim
  • Suhaimy Bin Yahya

Tarikh Kemaskini

21 OGOS 2018