Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Unit Patologi

PENGENALAN

Unit Patologi merupakan unit makmal yang bersepadu di Hospital Jasin. Unit ini terletak di tingkat bawah bersebelahan Unit Daftar Masuk & Hasil di ruang lobi hospital jasin. Unit ini menawarkan perkhidmatan diagnostik yang terbahagi kepada 4 disiplin utama iaitu Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan dan Transfusi.

Unit Patologi Hospital Jasin diketuai oleh seorang Pegawai Sains yang dibantu oleh beberapa orang Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit Patologi Hospital Jasin terlibat dengan konsep Hospital Kluster Negeri Melaka dalam usaha menyediakan unit ini mencapai persijilan MS ISO 15189.

 

VISI

Unit Patologi Hospital Jasin akan berusaha untuk memberikan kualiti perkhidmatan yang cepat, tepat dan jitu selaras dengan keperluan piawaian MS ISO 9001, Akreditasi MSQH dan MS ISO 15189.


MISI

Bagi mencapai visi unit, Unit Patologi akan memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti melalui kerja berpasukan yang berdedikasi, dan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien yang dinamik dan responsif kepada keperluan klinikal dalam diagnosis dan pengurusan pesakit. Tenaga kerja yang berterusan dan pembangunan kemahiran akan ditekankan dengan penggunaan optimum teknologi yang tersedia.


NILAI TERAS

  1. Berkualiti
  2. Profesionalisme
  3. Berkerjasama
  4. Berkhidmat Dengan Penyayang
  5. Cemerlang
  6. Komitmen
  7. Bertanggungjawab
  8. Beretika

 

OBJEKTIF

  1.    Memberikan keputusan makmal yang telus mengikut TAT yang telah ditetapkan.

  2.    Menyediakan pelbagai ujian / perundingan selari dengan keperluan klinikal untuk pengurusan pesakit

  3.    Meningkatkan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa melalui aktiviti peningkatan kualiti

 

PIAGAM PELANGGAN

Janji 1: Memastikan laboratory turnaround time (LTAT) bagi ujian buse & creatinine (segera) disiapkan dalam masa 90 minit.

Janji 2: Memastikan ujian laboratory turnaround time (LTAT) bagi ujian PT & APTT disiapkan dalam masa 60 minit.

Janji 3: Memastikan laboratory turnaround time ( LTAT ) bagi ujian GXM disiapkan dalam masa 60 minit.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Unit Patologi menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

  1. Patologi Kimia – ujian kimia rutin, ujian biokimia dalam air kencing dan ujian pengesanan dadah merbahaya dalam air kencing
  2. Hematologi – ujian kaji darah dan haemostasis
  3. Mikrobiologi Perubatan – ujian pengkulturan dan sensitiviti bakteriologi
  4. Transfusi – perkhidmatan transfusi darah

 

WAKTU OPERASI

Unit Patologi beroperasi seperti berikut:

1.    Waktu pejabat 8 pagi – 5 petang

  •     Isnin - Khamis (waktu rehat 1.00 petang – 2.00 petang)
  •     Jumaat (waktu rehat 12.15 tgh hari – 2.45 petang)

2.    Selepas waktu pejabat iaitu bermula 5.00 petang – 8.00 pagi (keesokan hari) – 1 JTMP bertugas untuk memproses sampel-sampel STAT/URGENT sahaja (rujuk Senarai ujian STAT/Urgent Seksyen).

3.    Hujung minggu dan cuti umum:

  •     8.00 pagi – 4.00 petang – 2 JTMP bertugas
  •     4.00 petang – 8.00 pagi (keesokan hari) – 1 JTMP bertugas untuk memproses sampel-sampel STAT/URGENT  sahaja(rujuk Senarai ujian STAT/Urgent Seksyen).

 

ANGGOTA UNIT PATOLOGI DAN TABUNG DARAH

 

Seksyen Nama Jawatan No. sambungan
Hematologi

  

Mohd Fariz bin Mohd Hidzir

(Ketua Unit)

Pegawai Sains Kimia Hayat C41 219

 

Pn Siti Asmahani bt Abdullah JTMP Kanan U32 216

 

Pn Rosni bt Dun JTMP U29 217

Pn Zuzailina bt Mahadun JTMP U29 217
Patologi Kimia

Khairul Anuar bin Abu Kassim Pegawai Sains Kimia Hayat C41 213

Pn Norehan bt Abdollah JTMP Kanan U32 216
Pn Nur Hanisah bt Abdul Halim JTMP U29 217
Cik Noraziah bt Idres JTMP U29 214
Cik Nur Afika Ashikin bt Rabit JTMP U29 217
Mikrobiologi & Transfusi   Pn Siti Faizah Nur bt Pakri Pegawai Sains Mikrobiologi C41 211
  -       Kosong JTMP Kanan U32 216
  Pn Noriza bt Sabat JTMP U29 212
  En Mohd Rauf bin Mohd Noor JTMP U29 212
Transfusi Pn Nurul Hayati bt Mohd Amin JTMP U32 (KUP) 217
En Zulhairi bin Mudzafar JTMP U29 217
Gunasama semua seksyen En Hamdin bin Osman PPK U12 217
Hj Malek bin Yusof PPK U12 (KUP) 217
Pn Nor Suria bt Motar @ Md Mokhtar PPK U11 217

 

Senarai ujian STAT/Urgent Seksyen Patologi Kimia

Bil Test Lab Turn-Around-Time
  Blood Gas Analysis 90 minit
  BUSE
  Creatinine
  Bilirubin (neonate)
  Renal Profile

Senarai ujian STAT/Urgent Seksyen Hematologi

Bil Test Lab Turn-Around-Time
  Full Blood Count 45 minit
  PT / INR 1 jam
  APTT 1 jam

Senarai ujian STAT/Urgent Seksyen Mikrobiologi

Bil Test Lab Turn-Around-Time
1. Dengue Rapid Test 45 minit
2 HIV rapid test 2 Jam
3 BFMP & BFFP 8 Jam
4 CSF cell count 2 jam

Senarai ujian STAT/Urgent Seksyen Tabung Darah

Bil Test Lab Turn-Around-Time
1. Urgent crossmatch & Safe O 30 minit

 

 

 

 

 

 

Tarikh Kemaskini

13 DISEMBER 2018