Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Unit Radiologi & Diagnostik

PENGENALAN

Unit Radiologi & Diagnostik Hospital Jasin telah mula beroperasi sejak tahun 2005 di mana unit ini merupakan satu unit sokongan yang sangat penting dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan di Hospital Jasin. Perkhidmatan yang diberi banyak membantu pesakit dalam mendiagnos penyakit dan seterusnya dapat memberi rawatan yang diperlukan.

Unit ini dilengkapi dengan sebuah mesin x-ray statik jenama Toshiba KXO-80G untuk pemeriksaan x-ray am. Bagi pemeriksaan mudah gerak di wad-wad dan di Unit Kecemasan Mesin Toshiba SRX-101A digunakan. Unit ini beroperasi 24 jam sehari. Masa pejabat adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Selepas waktu pejabat iaitu tugas atas panggilan akan dikendalikan oleh seorang Juru X-ray bersama dengan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. Hanya kes kecemasan yang dibenarkan memanggil kakitangan yang bertugas. Bagi kes yang tidak urgent, temujanji adalah pada waktu pejabat.

Unit ini terletak di aras bawah iaitu di belakang Unit Kecemasan dan berhadapan Unit Farmasi dan bersebelahan Unit Patologi.

 

MISI

Menghasilkan filem-filem x-ray yang tinggi nilai diagnosanya melalui perkhidmatan berkualiti dan beretika, cekap dan profesional untuk memenuhi keperluan ekspektasi semua pelanggan.

 

VISI

Mewujudkan satu unit yang cemerlang dan profesionalisme.


OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan pengimejan yang cepat, cekap dan berkualiti
  • Menghasilkan radiograf yang mempunyai nilai diagnostik yang berkesan
  • Memastikan peratus filem yang ditolak tidak melebihi 5%
  • Memberi perkhidmatan pengimejan yang selamat dan professional denagn mengaplikasikan perlindungan radiasi
  • Memastikan peralatan berkeadaan baik dan mengelakkan pengulangan dilakukan.

 


SKOP PERKHIDMATAN


Unit ini menyediakan perkhidmatan :

  • Pemeriksaan radiografi am
  • Pemeriksaan radiografi mudahalih
  • Pemeriksaan ultrasound (Pakar Radiologi atas lawatan)
  • Filem x-ray yang memerlukan laporan Pakar Radiologi akan dirujuk ke Hospital Melaka
  • Permohonan pemeriksaan x-ray yang dirujuk dari JPL Jasin dan KK yang berhampiran

 

 

ANGGOTA UNIT PENGIMEJAN

JURU X-RAY KANAN U32

  • Zaleha Binti Musa


JURUX-RAY U29

  • Nor Shamila Binti Mohd Jarin
  • Md Akhir bin Ahmad
  • Norliza Binti Mohomad
  • Wan Suryani Binti Wan Ismail
  • Mohammad Ammar Bin Abdul Rahim

 

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

  • Mariamah A/P Ramasamy
  • Siva A/L Muthusami
  • Sulaiha Binti Md Len

Tarikh Kemaskini

18 DISEMBER 2017