Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Unit Rehabilitasi

PENGENALAN

Unit Rehabilitasi Hospital Jasin telah diwujudkan pada Mac 2005. Unit ini terbahagi kepada dua sub-unit iaitu Unit Fisioterapi dan Unit Cara Kerja.

OBJEKTIF UNIT REHABILITASI

  • Memberi perkhidmatan perawatan dan pemulihan kesihatan yang berkesan untuk meredakan kesakitan dan mencapai pemulihan awal ke tahap maksima.
  • Meningkatkan kualiti rawatan melalui mempercepatkan proses pemulihan serta mempromosikan kesihatan yang bermutu, cekap dan professional dengan sikap penyayang dan nilai-nilai murni.

WAKTU PERKHIDMATAN

HARI PAGI TUTUP PETANG
ISNIN - KHAMIS

 

8.00 AM - 1.00 PM

 

1.00 - 2.00 PM 2.00 - 5.00 PM
JUMAAT 8.00 AM - 12.15 PM 12.15 PM - 2.45 PM 2.45 PM - 5.00 PM
SABTU / AHAD / HARI KELEPASAN AM TUTUP

 

UNIT FISIOTERAPI


Pada 13 April 2006 Unit Fisioterapi mula beroperasi pada setiap hari Khamis dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Pegawai yang mula bertugas adalah Puan Nooraida binti Mohamed Hamidi dan Puan Suriani Binti Mohd Sahimi.

Bermula pada 1 Mac 2010, Unit ini mula beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

VISI

Mewujudkan satu unit rehabilitasi yang cekap, komprehensif dan berkesan.


MISI

Memberi perkhidmatan fisioterapi yang cekap dan berkesan menerusi budaya kerja berpasukan, professional dan penyayang serta menggunakan kemahiran yang terkini untuk mencapai tahap berdikari yang tinggi dan ketidakupayaan yang rendah.

OBJEKTIF UNIT FIOTERAPI

  • Memberi perkhidmatan fisioterapi yang terbukti berkesan (clinical affectiveness) dengan penggunaan amalan berdasarkan bukti (evidence based practice) kepada pesakit luar dan dalam wad berlandaskan Amalan Piawaian Fisioterapi.
  • Merangka program rehabilitasi yang bersesuaian dan berkemahiran tinggi selaras dengan ketidakupayaan yang dialami pesakit.
  • Memperkembangkan perkhidmatan (expended) Fisioterapi di semua kelompok masyarakat bagi memastikan kualiti hidup yang lebih sihat berdasarkan promotive, preventative, rehabilitative dan curative medicine.

 
SKOP PERKHIDMATAN

 Unit Fisioterapi adalah salah satu Pusat Rehabilitasi selain Unit Pemulihan Carakerja.

Antara fungsi-fungsi utama unit ini adalah:

  • Perkhidmatan Fisioterapi:

- Menguruskan rawatan Fisioterapi Pesakit Luar.
- Mernguruskan rawatan Fisioterapi di Wad.
- Menguruskan rawatan Fisioterapi Pesakit di Wad yang dilakukan di Unit Fisioterapi.

  • Pentadbiran Unit Fisioterapi:

- Pentadbiran Unit
- Pengurusan Personal
- Pengurusan Kelengkapan dan Harta Modal

  • Perkhidmatan Sokongan (non klinikal)

- Susun Atur Tempat Rawatan.
- Despatch
- Kebersihan Peralatan
- Bantuan Kepada Pesakit

UNIT PEMULIHAN CARAKERJA

PENGENALAN

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja mula diperkenalkan di Hospital Jasin pada tahun 2010 dengan penempatan seorang Jurupulih Carakerja iaitu Cik Khor Seng Yin secara sepenuh masa untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam dan luar dalam disiplin geriatric, orthopedic, pediatric, psychiatry dan medical.  Pada tahun 2011, terdapat pertambahan seorang lagi Jurupulih Carakerja iaity Pn Maysharah Binti Mahamud dan bermula dengan perkhidmatan diperluaskan ke home-based rehabilitation dan menyambung perkhidmatan kes yang telah sediada di bahagian pediatrik dan medical.

Pada tahun 2013, unit ini menerima tambahan seorang lagi Pegawai Pemulihan Perubatan Carakerja Cik Lau Hui Yuan dan memulakan perkhidmatan baru untuk kes Traumatic Brain Injury Rehabilitation dan bersama terapis yang lain menyambung perkhidmatan kes yang telah sediada di semua bahagian.

Sehingga hari ini dengan perkembangan pesat yang dilalui jumlah jawatan Jurupulih Carakerja telah meningkat ke 6 jawatan iaitu 1 jawatan U41, 1 jawatan U32 dan 4 jawatan U29.  Pertambahan terapis pada tahun 2013 dan 2014 ialah En Nik Mohd Zaki Bin Nik Mustapha dan En Mohd Syafiq Bin Mohd Zaimi.  Pada tahun 2015 bulan April, terdapat kemasukan terapis baru iaitu Cik Siti Norafpisah Binti Ahmaludin dan Nur Syazwani Binti Mohd Helmi.  Perkhidmatan diberi merangkumi semua kes yang dirujuk ke Unit Pemulihan Cara Kerja.

Kesinambungan perkhidmatan terus berkembang mulai tahun 2010 sehingga hari ini pada tahun 2015.  Kepentingan perkhidmatan rawatan dan pemulihan carakerja untuk pesakit di Hospital Jasin telah dikenalpasti dengan pelbagai perkhidmatan outreach.  Perkhidmatan tidak hanya terbatas di Hospital Jasin sahaja, manakala telah berkembang ke rumah iaitu 5 Pusat Pemulihan dalam Komuniti di Daerah Jasin.  Klinik Kesihatan Merlimau dan home visit atau Home-based Rehabilitation untuk pesakit yang tidak mampu ke hospital kerana tiada pengangkutan atau pesakit yang terlantar sahaja.  Perkhidmatan ke Pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di hospital ini perlu diberi perhatian dan keutamaan kerana pesakit memerlukan early intervention  programme dan penjaga juga mengalami masalah pengangkutan untuk hantar pesakit menerima rawatan di hospital terdekat.

 VISI

Unit Pemulihan Carakerja akan menjadi satu pusat rehabilitasi yang terdiri dari anggota yang berdedikasi dan cemerlang melalui sistem perkhidmatan yang telus, saksama, berilmu, penyayang dan bersopan santun di samping mengutamakan kualiti, kerja berpasukan, miliki jati diri, profesionalisma dan saling hormat menghormati.

MISI

Unit Pemulihan Carakerja beriltizam memberi dan menyediakan rawatan pemulihan yang cekap, berkesan dan bersesuaian dengan penuh tanggungjawab dan amanah kepada semua peringkat pelanggan kami selaras dengan keperluan dan kepuasan pelanggan.

OBJEKTIF

Menjalankan program rawatan Pemulihan Carakerja yang efektif ke atas pesakit yang dirujuk untuk meningkatkan kefungsian yang optimum di dalam kehidupan seharian selaras dengan ketidakupayaan yang dialami.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Unit Pemulihan Carakerja adalah meliputi Pesakit Luar, Pesakit Dalam dan juga komuniti.  Skop perkhidmatan adalah seperti berikut :

  • Musculoskeletal rehabilitation
  • Psychiatric rehabilitation
  • Pediatric rehabilitation
  • Child and adolescent rehabilitation
  • Hand and Upper limb rehabilitation
  • Rheumatology rehabilitation
  • Amputation rehabilitation
  • Community based rehabilitation
  • Orthopedic rehabilitation
  • Neurological rehabilitation
  • Neurosurgery rehabilitation
  • Traumatic Brain Injury Rehabilitation
  • Spinal Cord Injury Rehabilitation

 

ANGGOTA UNIT REHABILITASI


PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN CARAKERJA U41

  • Eirniza binti Zakaria

 

 JURUPULIH PERUBATAN CARAKERJA U32

  • Maysharah Binti Mahamud

 

JURUPULIH PERUBATAN CARAKERJA U29

  • Mohd Syafiq Bin Mohd Zaimi
  • Nur Syazwani Binti Mohd Helmi
  • Nik Mohd Zaki Bin Nik Mustapha
  • Siti Norafpisah Binti Ahmaludin


JURUPULIH PERUBATAN FISIOTERAPI U29

  • Nur Aiesyah Binti Abdullah
  • Muhammad Faisal Bin Rahmat
  • Suriati Binti Said @ Nawang


PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

  • Amisah Binti Sagap
  • Faravivawati Binti Northani
  • Mohd Ali Bin M.K. Kadir Bacha
  • Mohd Hanafi Bin Mat Min


PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17

  • Norain Binti Karim

Tarikh Kemaskini

12 JUN 2018