Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

 

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Portal Rasmi Hospital Jasin telah berjaya diterbitkan. Objektif portal ini diwujudkan adalah memudahkan penyampaian maklumat kepada orang ramai dan juga kepada kakitangan hospital. Selain itu adalah sebagai menyahut seruan kerajaan supaya setiap jabatan perlu mempunyai portal rasmi sebagai salah satu daripada saluran maklumat yang terkini.

 

Dalam zaman globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini orang ramai perlu diberi pendedahan dengan maklumat yang terkini dan terbukti kesahihannya. Justeru, saya mengalu-alukan para kakitangan dan orang ramai untuk mengunjungi portal ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan Hospital Jasin. Jika ada sebarang keraguan atau ketidakpuasan hati, tuan / puan boleh memberikan maklumbalas melalui salah satu saluran yang disediakan di portal ini. Saya juga amat mengalu-alukan sebarang pandangan yang membina bagi tujuan memantapkan kualiti perkhidmatan ini untuk kebaikan kita bersama.

 

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa yang amat komited dalam menyiapkan portal ini. Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan unit-unit dalam membekalkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Kerjasama dan keperihatinan para anggota Hospital Jasin amat-amat diperlukan bagi memastikan portal dan maklumat yang dipaparkan sentiasa dikemaskini dan boleh menjadi sumber rujukan pengguna portal rasmi ini.

 

Akhir kata, selamat melayari Portal Rasmi Hospital Jasin. Semoga tuan / puan sentiasa menjadikan Portal Rasmi Hospital Jasin sumber maklumat anda.

 

Sekian, Wasallam

 

Dr Zaleha Binti Md Noor

Pengarah Hospital Jasin

Tarikh Kemaskini

18 DISEMBER 2017

 

Laman Utama Profil Perutusan Pengarah