Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Piagam Pelanggan Hospital Jasin

Kami Berjanji Akan :

  1. Memberi layanan dengan hormat, sopan dan penyayang tanpa mengira bangsa, agama, umur, jantina ataupun sosio-ekonomi pelanggan;

     2.  Memastikan masa menunggu di Jabatan Kecemasan dan Trauma seperti berikut :

          a.  100% kes di zon merah dilihat serta merta;

          b.  100% kes di zon kuning dilihat dalam masa 15 minit atau kurang.

     3.  Setiap pesakit akan dirawat dengan profesional;

     4.  Memberikan perkhidmatan yang cekap dan selamat kepada pelanggan;

     5.  Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu

          dengan keizinan pesakit, tertakluk kepada undang-undang;

     6.  Memberikan akuan penerimaan aduan secara bertulis atau e-mail kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja

          selepas aduan diterima;

     7.  Memastikan laporan perubatan pesakit disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap

          diterima;

     8.  Masa menunggu untuk mendapatkan ubat di Kaunter Farmasi Pesakit Luar adalah dalam tempoh 30 minit.

Tarikh Kemaskini

13 DISEMBER 2018